Sunday, September 2, 2018

Agensi Pelancongan TRW

Agensi Pelancongan TRW

OBJEKTIF AGENSI :-
1) Untuk mempromosikan pakej pelancongan di Malaysia.
2) Untuk menarik perhatian lebih ramai lagi pelancong dari luar negara.
3) Untuk menambah peluang pekerjaan kepada golongan yang tidak bekerja.\
4) Untuk memberikan perkhidmatan dan produk yang terbaik kepada pelancong agar mereka yakin dengan agensi ini.
5) Untuk membuat agensi pelancongan ini menjadi terkenal di kalangan penduduk tempatan dan juga penduduk dari luar negara agar kami boleh mengembangkan lagi perniagaan pelancongan ini.


PAKEJ PELANCONGAN :-
1) Pakej Pulau Mataking
Permandangan Pulau Mataking

Pulau Mataking mempunyai kemudahan resort dan nama bagi resort itu adalah Mataking Reef Dive Reosrt. Bagi para pengunjung yang berminat untuk tinggal di situ beberapa hari. Terdapat pelbagai aktiviti dan pakej yang ditawarkan di sini, seperti scuba diving, snorkelling, menyaksikan telur penyu menetas dan lain-lain. Untuk pakej yang di tawarkan adalah pakej bulan madu, juga pakej percutian. Pulau Mataking yang terletak di perairan Tawau, Sabah masyur di kalangan pengunjung kerana mempunyai pemandangan yang cantik, air laut yang jernih serta pasir nya yang putih bersih. Pelbagai hidupan laut yang terdapat di terumbu karang sekelilingnya menjadikan pulau ini sentiasa menjadi destinasi popular di kalangan para 'penyelam'.
Kayaking

Snorkelling

Scuba Diving

Sea turtle eggs hatching

Pulau Mataking merupakan pulau yang terletak di negeri Sabah yang terletak berhampiran  dengan pulau Mataking Kecil dan pulau Timba-timba. Ia menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar ke Tawau di negeri Sabah. Pulau Mataking memiliki iklim tropika dan airnya kekal suam sepanjang tahun, selesa untuk berenang dan aktiviti snokel. Suhu air berlegar sekitar 29 hingga 30°C sepanjang tahun sungguhpun ia boleh turun beberapa darjah pada musim tengkujuh. Pulau Mataking memiliki terumbu karang yang mempunyai pelbagai hidupan laut yang menarik untuk dilihat. Ini menjadikan aktiviti menyelam sebagai aktiviti utama di sini.

Mataking Reef Dive Resort
Terdapat kemudahan-kemudahan resort bagi para pengunjung yang berminat untuk tinggal di Pulau Mataking selama beberapa hari. Selain itu terdapat juga pelbagai pakej yang ditawarkan di sini, seperti pakej snorkelling, pakej bulan madu, pakej menyelam dan juga pakej percutian. Harga untuk menginap di situ mengikut beberapa hari pelancong tinggal di situ. 

Diver Package

Price (Ringgit)Garden View
Deluxe
King ChaletSemi Detached
Beach Chalet
Beach Chalet /
Beach Villa
2 Days / 1 NightRM 1,415RM 1,690RM 1,750RM 1,840
3 Days / 2 NightsRM 2,225RM 2,700RM 2,710RM 2,850
4 Days / 3 NightsRM 2,905RM 3,655RM 3,710RM 3,905
5 Days / 4 NightsRM 3,545RM 4,530RM 4,590RM 4,830
8 Days / 6 Nights
+ 1 Night FOC
RM 5,205RM 6,680RM 6,820RM 7,180
Extension NightRM 830RM 1,075RM 1,115RM 1,175

Non Diver Package

Price (Ringgit)Garden View
Deluxe
King ChaletSemi Detached
Beach Chalet
Beach Chalet /
Beach Villa
2 Days / 1 NightRM 1,235RM 1,495RM 1,565RM 1,645
3 Days / 2 NightsRM 1,900RM 2,360RM 2,385RM 2,510
4 Days / 3 NightsRM 2,410RM 3,135RM 3,245RM 3,415
5 Days / 4 NightsRM 2,950RM 3,900RM 4,070RM 4,285
8 Days / 6 Nights
+ 1 Night FOC
RM 4,340RM 5,760RM 6,030RM 6,345






2) Pakej Pulau Pangkor


Pakej di atas adalah pakej percutian ke Pulau Pangkor, Perak selama 3H2M. Pakej ini termasuk tiket feri untuk ke Pulau Pangkor, transfer keluar dan masuk, khidmat pemandu pelancong, penginapan di Seagull Beach Village Resort, Lawatan Pulau hanya tempat yang diakses seperti Teluk Dalam, Satay Fish Factory, Fui Li Kong Temple, Kota Belanda dan membeli-belah di Pekan Pangkor. Ia juga termasuk Snorkeling (termasuk sewa peralatan) dan juga berkayal.

Para pelancong berkayak
permandangan Pulau Pangkor

Nipah GuestHouse

Seagull Beach Village Resort

No comments:

Post a Comment