AGENSI PELANCONGAN TRW
OBJEKTIF AGENSI :-
1. Untuk mempperkenalkan pakej-pakej pelancongan yang ada di Malaysia.
2. Untuk menarik lebih ramai lagi perhatian pelancong dari luar negara.
3. Untuk menambahkan peluang pekerjaan kepada masyarakat yang menganggur untuk bekerja dalam bidang pelancongan.
4. Untuk memberikan perkhidmatan dan produk yang memuaskan kepada pelanggan agar ianya akan memberikan keyakinan kepada pelanggan untuk mendapatkan produk dan menggunakan perkhidmatan dari kami.
5. Untuk menjadikan syarikat Agensi Pelancongan TRW ini terkenal di kalangan penduduk tempatan dan juga penduduk dari luar negara.
PAKEJ-PAKEJ PELANCONGAN DI MALAYSIA :-
1) Pakej Pulau Perhentian, Terengganu
Berikut merupakan pakej pelancongan ke Pulau Perhentian 2018 selama 2D1N. Harga ini untuk pakej ini adalah RM 145 untuk seorang dan pakej ini termasuk "two way transfer boat", snorkeling 6 point iaitu di Blue Lagoon, Turtle Point, Coral Garden, Shark Point, lata Air Berani (Visit) dan Fisherman Village (Visit). Seterusnya, pakej ini juga termasuk Snorkeling Equipment & Guide dan akan ada Evening Trip to Kincir Angin di mana pelancong boleh merehatkan minda sambil menikmati angin dan permandangan di pantai.
Permadangan di Pulau Perhentian
Para pelancong yang pergi snorkeling
2) Pakej Kundsang, Sabah
Seterusnya adalah Pakej ke Kundasang, Sabah selama 3H2M dengan harga RM 360 untuk seorang. Pakej ke Kundasang ini adalah termasuk Penginapan 1 malam di Kota Kinabalu, Penginapan 1 malam di Kundasang, kemudian pengangkutan beserta pemandu dan tambang minyak, kemudian bot ke pulau iaitu Pulau Manukan dan juga ia termasuk dalam tiket masuk ke tempat lawatan.
Roundabout di Kundasang bertemakan Kobis
Permandangan dari bawah Gunung Kinabalu
3) Pakej Pulau Pangkor, Perak
Pakej di atas adalah Pakej ke Pulau Pangkor, Perak selama 3H2M dengan harga RM 180 seorang. Pakej ini adalah termasuk tiket feri ke Pulau Pangkor, transfer keluar dan masuk, perkhidmatan pemandu pelancong, penginapan di Seagull Beach Village Resort, Island Tour seperti Teluk Dalam, Satay Fish Factory, Fui Zi Kong Temple, Kota Belanda dan membeli-belah di Pekan Pangkor.Ia juga termasuk dengan Snorkeling (termasuk sewa peralatan) dan juga berkayak.
Berkayak
Nipah GuestHouse